Friday, November 29, 2013

Esei Kumpulan




TAJUK KUMPULAN KAMI BERKAITAN SISTEM LATIHAN DIKALANGAN ATLET SEKOLAH SUKAN DENGAN SEKOLAH HARIAN BIASA.

1.0 PENGENALAN

Pelajar mempunyai perbezaan di antara satu sama lain walaupun mereka berada dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan individu ini merangkumi dari aspek pemikiran, tindak balas, minat, kecenderungan, pencapaian dan pemahaman. Justeru pelajar-pelajar ini mempunyai gaya yang tersendiri untuk menerima dan bertindak balas dengan persekitaran. Pelajar juga berbeza dari sudut menggunakan rangsangan dalaman, proses pembelajaran dan pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah berdasarkan tanggapan subjektif mereka terhadap kehendak pengajar atau konteks pembelajarannya.

           Gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri pelajar sangat penting kerana ia mempunyai hubungan yang kuat terhadap keputusan pencapaian akademik pelajar. Di mana, gaya pembelajaran memberi ruang kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dalam mencapai keputusan akademik yang cemerlang.

           Gaya pembelajaran murid yang aktif contohnya pelajar sekolah projek sukan adalah berbeza dengan pelajar sekolah harian biasa. Walaupun prestasi akademik mereka sama, kaedah pembelajaran adalah berbeza antara pelajar sukan dan bukan pelajar sukan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti, sikap, motivasi, kekangan masa dan sistem pengurusan diri pelajar.

          Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sistem latihan dikalangan atlet sekolah sukan dengan sekolah harian biasa. Kajian ini dilakukan supaya jurulatih dapat mencari alternatif untuk memperbaiki prestasi sedia ada kepada yang lebih efisien dan juga kepada pelajar sendiri untuk melakukan penambahbaikan dalam pencapaian masing-masing.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

I.   Mengenalpasti sistem latihan dikalangan atlet sekolah sukan dan pelajar sekolah harian biasa.
II.  Membuat perbandingan antara sistem latihan dikalangan atlet disekolah sukan dengan pelajar sekolah             harian biasa.
III. Memberikan pendedahan kepada atlet tentang sistem latihan yang berkesan.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah sangat bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan kepada bidang kokurikulum, guru pendidikan jasmani, atlet dan ibu bapa.

I. Bidang kokurikulum

Bidang kokurikulum misalnya Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, dan Majlis Sukan Daerah dapat merangka program latihan yang efisien kepada sekolah sebagai cadangan penambahbaikan mengikut spesifiasi pencapaian murid. Ianya juga dapat dijadikan rujukan prestasi dan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa.

II. Guru Pendidikan jasmani

Kajian ini juga dapat membantu guru pendidikan jasmani menepati kehendak dan perubahan arus globalisai dalam bidang kesukanan pada masa hadapan. Amalan dalam sistem latihan yang sesuai dan berkesan pastinya akan mendatangkan hasil yang baik. Hal ini pastinya akan menjurus kepada peningkatan tahap pencapaian prestasi para pelajar. Selain itu,gaya latihan guru yang kreatif dan bersesuaian dengan tahap pelajar sudah tentu mendatangkan keseronokan dan keberkesanan dalam sistem latihan dikalangan atlet.

III. Atlet

Kajian ini juga diharapkan dapat membantu atlet memilih kaedah yang terbaik untuk meningkatkan prestasi latihan mereka. Hal ini amat penting supaya atlet boleh memberi tumpuan yang lebih baik semasa melakukan latihan serta memperbaiki teknik latihan yang lebih sistematik.

IV. Ibu bapa

Selain itu, kajian ini dapat juga dijadikan rujukan dan sebagai panduan kepada ibu bapa dan penjaga atlet tersebut untuk memberi motivasi kepada mereka bagi memperoleh pencapain yang cemerlang dalam bidang sukan.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

I. Kaedah kajian

Kajian ini dijalankan secara kuantitatif. Bermakna kami hanya menjalankan soal selidik. Kami telah menjalankan kajian menggunakan borang soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian A ( latar belakang responden ), bahagian B ( sukan dan akademik ) dan bahagian C ( sitem latihan ).

II. Lokasi kajian

Kajian telah dilakukan di dua buah sekolah iaitu :

· Sekolah sukan
· Sekolah harian biasa

III. Responden

Responden terdiri daripada pelajar menengah atas di kedua-dua buah sekolah. Umur pelajar dalam lingkungan 15-17 tahun. Responden merupakan pelajar sekolah berikut. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Pelajar terdiri daripada kumpulan pelajar yang aktif bersukan.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian 1

Setiap responden mempunyai bidang sukan yang berbeza. Antara sukan yang diceburi oleh mereka adalah seperti :

· Badminton
· Bola baling
· Bola sepak
· Bola tampar
· Futsal
· Softball
· Hoki
· Bola jarring
. Basikal


JADUAL 1




              Jadual 1 menunjukkan kepelbagaian bidang sukan di antara pelajar sukan dan pelajar sekolah harian biasa. Bola Sepak merupakan salah satu sukan yang popular di kedua-dua sekolah. Hal ini mungkin kerana sukan bola sepak adalah merupakan salah satu sukan popular di Malaysia. Mungkin itu menjadi salah satu motivasi kepada mereka. Jadi, boleh disimpulkan bahawa semua pelajar melibatkan diri dalam sukan yang dianjurkan di sekolah.


Kajian 2

JADUAL 2


            Berdasarkan analisis data, sistem latihan dikalangan atlet adalah berbeza mengikut jadual latihan. Atlet sekolah harian biasa berlatih hanya berlatih 8 hari dalam sebulan manakala atlet sekolah sukan berlatih 14 hari dalam sebulan. Berdasarkan kajian, dapat disimpulkan bahawa pelajar sekolah harian biasa tidak mendapat latihan yang cukup untuk meningkatkan prestasi mereka . Hal ini mungkin jurulatih di sekolah harian biasa tidak menjalankan tanggungjawabnya dan hanya sebagai memenuhi syarat sahaja. Latihan yang tidak mencukupi sebenarnya mengganggu prestasi atlet untuk menjadi lebih cemerlang kerana ianya akan menurunkan kecergasan fizikal seseorang atlet.


Kajian 3

JADUAL 3




            Sememangnya setiap pelajar mempunyai sistem latihan yang berbeza-beza. Dalam kajian ini, kami fokuskan kepada dua bentuk sistem latihan iaitu latihan berdasarkan turun temurun dan latihan berdasarkan bateri latihan yang telah dirancang. Ternyata majoriti atlet di sekolah harian biasa mengamalkan kaedah latihan secara turun temurun. Kaedah latihan turun temurun sememang tidak berkesan untuk digunakan. Hal ini kerana, tahap kecergasan atlet tidak meningkat kerana mereka melakukan rutin harian yang sama dan tidak menumpukan kepada aspek yang boleh meningkatkan stamina dan kemahiran dalam bidang seseorang atlet tersebut. Oleh itu,jurulatih di sekolah harian biasa perlu merujuk kepada Majlis Sukan Negeri untuk memberi latihan kepada atlet mereka.


Kajian 4

JADUAL 4


            Dalam bidang kesukanan, imbuhan merupakan satu ganjaran untuk atlet bagi memperolehi kemenangan. Di sekolah sukan, mejoriti atlet bersetuju bahawa mereka mendapat ganjaran bagi setiap kejohanan yang mereka. Dalam kajian ini, atlet lebih bersemangat jika mendapat ganjaran apabila menyertai sesuatu kejohanan. Selain itu juga, Ibu bapa juga berperanan dalam meningkatkan prestasi anak-anak mereka didalam sesebuah pertandinganutama kerana di sekolah mereka. Mereka tidak boleh hanya melepaskan batuk di tangga dan meletakkan semua tanggungjawab tersebut kepada jurulatih secara langsung.



6.0 KESIMPULAN

Atlet mempunyai tahap kecergasan fizikal yang berbeza terhadap sistem latihan yang diberikan. Atlit juga belatih cara berkala bagi mengekalkan tahap kecergasan secara konsisten supaya sentiasa bersedia untuk sesuatu kejohanan.

            Latihan yang berterusan tidak hanya dapat mengekalkan kecergasan atlet bahkan atlet dapat menguasai teknik-teknik dan seterusnya dapat diaplikasinya didalam perlawanan. Latihan yang melibatkan usaha untuk menguasai kemahiran dan ketekalan di samping mengekalkan tahap kecergasan. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencuba dan mengaplikasikan semula teknik yang dilatih sebagai proses beradaptasi.
           
            Oleh itu untuk berjaya, atlet perlu selalu berlatih dan menguasai bidang sukan yang diceburi untuk mendapatkan kemahiran. Walaubagaimanapun, kemungkinan wujudnya atlet yang berhadapan dengan konflik kecederaan apabila tidak mengikuti sistem latihan yang sesuai. Masalah berlaku apabila sistem latihan atlet tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan kehendak jurulatih. Akibatnya atlet berisiko untuk cedera dan tidak fokus menyebabkan atlet tidak menjuarai pertandingan.
           
            Salah satu cara mengenalpasti kebolehan atau prestasi seseorang atlet dalam latihan adalah dengan menyedari kebolehannya. Penggunaan sistem latihan yang tepat dapat membantu seseorang atlet mengetahui dan memahami tahap kebolehan dan kemahiran dalam latihan. Atlet yang tahu menggunakan latihan yang sesuai dengan dirinya akan lebih mudah membantu mereka mencapai tahap kecergasan yang cemerlang. Dalam usaha untuk mendapat karier sebagai seorang atlet, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang atlet perlu menitikberatkan tentang cara latihan yang diambil supaya dapat mengelakkan masalah kegagalan.               

            Oleh itu, kajian mengenai sistem latihan dikalangan atlet di sekolah perlu dibuat supaya proses dan prestasi atlet dapat dipertingkatkan. Di samping itu, kesedaran bidang kokurikulum sekolah mengenai sistem latihan di kalangan atlet juga boleh membantu pentadbiran sekolah menyediakan persekitaran dan sistem latihan yang lebih sesuai dengan pencapaian atlet.



7.0 RUJUKAN

 B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin. 1987. Buku Sumber Kecergasan Fizikal. Persatuan Pendidikan                      Jasmani Malaysia Ed. ke 3. Kuala Lumpur.

 Fauzee H.A. 1989. Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani: Latihan Fizikal. Kuala Lumpur.                                Terbit Sri Maju Sdn. Bhd.

 Fox E.L & Mathews D.K. 1981. The Physiological Basics of Physical Education and Athletcs USA.                          Saunders College Publishing.

 O’shea John Patrick. 1976. Scientifik Principles and Methods of Strenght Fitness, 2nd ed. London.                            Addison-Wesley Publishing Co. Inc.

Rax Hazeldine. 1992. Fitness for Sport Marlborough. The Crowood Press Ltd.

Trevor Slack. 2000. USA Track & Field Coaching Manual. Human Kinetik: Australia.

Tudor O. Bompa. 1994. Theory and Methodlogy of Training. Canada. Kendall & Hunt Publishing                              Company.

Vasudevan T. Arasoo (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani untuk Sekolah-Sekolah Menengah dan                         Tinggi. Petaling Jaya. Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Video Kumpulan






10 Gambar BBM

Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Gambar 5


Gambar 6


Gambar 7


Gambar 8


Gambar 9


Gambar 10



Kulit Buku








Cover CD



10 Youtube

Video 1


  



Video 2





Video 3





Video 4





Video 5






Video 6






Video 7






Video 8


  


Video 9





Video 10






BIODATA


GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN UKM
SEM 1 2013-2014
JUMAAT (11 PAGI -12 TENGAHARI)
DEWAN KULIAH 43.102 DTAMS


BIODATA



NAMA : MOHD NOR AMLI BIN MOHD RAPI
NO MATRIK : A142221
TAHUN PENGAJIAN : 2 SEM 1
KURUS : SUKAN DAN REKREASI
FACEBOOK : Mohd Nor Amli
NO TEL : 0135145351
ALAMAT KOLEJ : K2D 210 KOLEJ DAT0' ONN, UKM
ALAMAT RUMAH : 1661, JALAN WAKAF TOKKI, KAMPUNG ALOR TERATAI, 22300 KUALA BESUT, TERENGGANU







10 Teknologi Sukan


The M55 Electric Bike







M55 Basikal telah diumumkan beberapa hari yang lalu basikal mereka terbaru Hibrid elektrik, basikal yang benar-benar berkuasa yang digelar sebagai "binatang". Basikal itu dibuat daripada bahagian adat yang dicipta oleh jurutera berpengalaman M55, menggunakan teknologi dan bahan-bahan yang digunakan dalam Formula Satu dan sukan kereta seperti titanium, serat karbon, pemesinan CNC dan motor tanpa berus. Basikal M55 Elektrik adalah begitu berkuasa, ia boleh pergi dengan 40 batu sejam dan boleh mengambil pelanggan masa sejauh 75 batu walaupun off-road. Basikal ini datang dengan sistem pedelec yang membenarkan pengguna untuk brek serta menggunakan bateri kapal untuk kuasa motor elektrik. Setiap bahagian di atas basikal ini adalah kualiti yang terbaik dan dipilih oleh anak-anak kapal dari M55 untuk memenuhi piawaian emas. Setiap kali sensor merasakan anda perlu beberapa tork tambahan, pek basikal dan letupan anda ke hadapan, mendarabkan kuasa anda dan membuat anda berasa seperti superhero. Bingkai basikal dibuat monocoque 7075 CNC Aluminium dan plat gentian karbon dan ia M55 dipasang motor EB-PC dengan 5.2 Nm tork yang dikuasakan dari Tenergy Polimer Li-Ion sel-sel (20mAh).



Ottobock running blade






Kaki itu dibuat daripada serat karbon dan biasanya dirujuk sebagai pisau berjalan. Lebih daripada 80 lapisan karbon digunakan dengan bilangan yang tepat bergantung kepada berat pemotongan individu itu, dan gaya berjalan. Serat karbon digunakan kerana ia adalah ringan, fleksibel dan mempunyai ciri-ciri kelembapan yang bermaksud tenaga minimum hilang melalui getaran. Serat karbon bukan sahaja dapat menahan tekanan ini, ia menyerap ia untuk melindungi pelari sendi semulajadi daripada kesan kesan berulang-ulang. Mengenai impak memampatkan bilah berjalan dan kuasa yang dicipta oleh atlet dipindahkan kepada bahan serat karbon dan digunakan untuk menggerakkan atlet ke hadapan. Sebagai tekanan dilepaskan bilah berjalan cepat kembali kepada bentuk asalnya kembali tenaga yang disimpan untuk atlet. Bilah berjalan direka hanya untuk meniru fungsi kaki yang digunakan dalam menjalankan. Hanya kaki depan digunakan dalam menjalankan jadi berjalan bilah tidak mempunyai tumit.




Kerusi Roda Paralimpik  






Kerusi roda Paralimpik secara individu dibentuk untuk setiap pemain dengan mengambil saiz individu, bentuk dan kecacatan tertentu ke dalam akaun. Sebagai contoh, pemain dengan kecederaan saraf tunjang akan mempunyai tempat duduk yang menyediakan sokongan tambahan sekitar belakang mereka. Dalam mana-mana pasukan bola keranjang berkerusi roda, kedua-dua sifat dan tahap kebolehan fizikal pemain berbeza dengan ketara.  Secara tradisinya pemain telah mempunyai pilihan yang sangat terhad reka bentuk kerusi dan pendekatan khusus dibuat tidak mungkin kerusi baru, yang termasuk sebahagian rehat belakang, dibuat khusus untuk menampung keperluan setiap individu.



Reka bentuk Helmet Moden Ikrar Pencegahan daripada gegaran





Pereka Vin Ferrera telah tampil dengan reka bentuk topi keledar yang menggunakan bahan-bahan penyerap kejutan termoplastik diisi dengan udara. Kononnya diilhamkan oleh kesan kusyen botol plastik berjalur yang digunakan untuk masin muncrat ke dalam sinus, topi keledar ini direka bagi keberkesan yang boleh melawan balik lebih seratus pukulan kuat luaran seperti terjatuh dan sebagainya.



THE BIG KICK
"INCREASE LEG SPEED FOR BOTH FOOTBALL KICKING & SOCCER"






Peranti ini adalah untuk latihan rintangan yang boleh menguatkan otot yang digunakan dalam menendang. Ia akan meningkatkan prestasi kelajuan dan kekuatan semasa membuat tendangan.  Dengan menggunakan ‘Big Kick’, seseorang itu boleh mengembangkan kelajuan kaki yang lebih pantas, ketahanan, kekuatan yang lebih dan pelbagai gerakan yang lebih baik. Panjang jalur rintangan ini adalah 8’. Kord lateks regangan tersebut  membolehkan atlet yang  dalam pemulihan untuk membuat latihan rintangan yang ringan dan boleh juga untuk atlet yang cuba mengelakkan daripada kecederaan. Melalui penggunaan yang sesuai, atlet akan mengembangkan kelajuan kaki yang lebih cepat dan kekuatan otot yang lebih dan ketahanan kendiri.



Under Armour E39







Under Armour E39 adalah baju yang mempunyai sensor dalam bagi melihat kadar jantung dan pernafasan dan disambungkan dengan peranti pada Under Armour. Peranti  tersebut digelar "bug." “bug” adalah satu unit modular yang dipasangkan pada depan baju untuk memproses data dari sensor bersama dengan meter pecutan triaxial. Pecutan di ukur semasa menegak, lateral dan posisi sagittal. “bug” tersebut akan mengukur g-force dan mengesan ketidakseimbangan antara kanan dan kiri badan.



Instant replay






Teknologi ini boleh memainkan rakaman video acara tertentu atau kejadian dalam masa yang sangat singkat, sekali gus membantu hakim membuat keputusan penting. Ia digunakan dalam penyiaran televisyen secara langsung acara sukan untuk menunjukkan sebahagian daripada permainan yang penting atau ketara, atau bermain yang agak jelas pada pandangan pertama. Beberapa organisasi sukan memberi izin kepada pengadil untuk berunding rakaman ulangan sebelum membuat keputusan mengenai mainan diragui. Perundingan itu mempunyai beberapa nama: video pengadil, pengadil video, rasmi ulangan segera dan lain-lain.



Hawk Eye








Ini adalah salah satu teknologi yang paling popular digunakan dalam dunia sukan. Ia bolehkan menjejaki trajektori bola, seterusnya membantu mengambil keputusan yang betul. Teknologi ini digunakan secara meluas dalam sukan kriket dan tenis dan dijangka akan digunakan dalam bola sepak pada tahun 2012, dengan titik permulaan sebagai Barclays Premier League. Dalam tenis Eye Hawk menawarkan ilustrasi berkomputer arka bola melantun dan mengenal pasti kedudukan sebenar bola apabila ia mencecah tanah, membantu pengadil dan hakim garis mengenal pasti pemenang titik. Ia akan menjadi menarik untuk diperhatikan bahawa sistem melibatkan 4 kelajuan tinggi kamera yang mengambil imej pada sudut yang berbeza di seluruh gelanggang tenis dan triangulates lokasi, kelajuan dan arah bola menggunakan data yang dikumpul dari  setiap sudut.



RespiBelt






RespiBelt adalah tali pinggang mampatan yang dibina khas yang membolehkan anda untuk melatih pernafasan anda dan otot dada semasa senaman dengan menyediakan satu beban laras. Respibelt ini dipakai apabila membuat latihan bisep, kaki, abs, dengan senaman seperti keriting bicep, squats dan sebagainya,  Latihan otot inspiratory boleh meningkatkan pernafasan seseorang secara cekap, yang boleh mengurangkan penggunaan tenaga semasa latihan.

Teknikal:
  •     Saiz: XS - dada saiz 75 hingga 80cm , S - saiz dada 81 hingga 88cm, M - saiz  dada 89 hingga 96cm, L - saiz dada 97 hingga 106cm dan XL - saiz dada 107 hingga rintangan 118cm

  • Tambahan untuk otot pernafasan. Laras untuk menukar beban latihan otot pernafasan. Masa sebenar pernafasan latihan semasa exercise.

  • Disokong oleh penyelidikan saintifik dan maju dalam perkongsian dengan Teknologi Sukan Progresif di Sukan Institut Teknologi, Universiti Loughborough

  • Ditambah rintangan bagi otot respirasi. Laras untuk menukar beban latihan otot pernafasan dan sesuai semasa membuat latihan respiratori.



CycleOps PowerTap Elite+ Power Meter w/ Ant+ Sport Technology







Berkeupayaan untuk memantau usaha seseorang dengan cekap dan berkesan melalui tenaga. Ia memang direka tanpa wayar dan mengambil masa beberapa saat sahaja untuk memasang sekali dibina ke dalam rim. Latihan yang menggunakan kuasa melanda melalui sukan triatlon dan berbasikal. Diukur dengan pantas bagi prestasi dalam latihan dan juga semasa perlumbaan.


PowerTap SLC, SL, Pro, dan Elite direka untuk memberikan kelebihan latihan tambahan ke atas pesaing. Selain itu.  Teknologi ini juga keupayaan untuk memantau usaha dengan cekap dan berkesan melalui tenaga. Sistem hub PowerTap boleh dipasang di pinggir rim mengikut kesesuaian seseorang itu. Teknologi ini sesuai untuk perlumbaan basikal dan latihan roda.
  •   Memantau Dikodkan Jantung
  •   2,4 Ghz transmisi